Pawagam digital

Pawagam digital merujuk kepada pengunaan teknologi digital untuk mengedar dan menayangkan wayang gambar. Sebuah filem boleh diedarkan melalui cakera keras, cakera optik (seperti DVD) atau satelit dan dipaparkan menggunakan projektor digital berbanding projektor filem biasa. Pawagam digital berbeza daripada televisyen definisi tinggi dan, khususnya, tidak bergantung kepada televisyen atau piawai HDTV, nisbah bidang, atau kadar bingkainya. Projektor digital berkemampuan peleraian 2K mula dijual pada 2005, dan sejak 2006, kepesatan pertumbuhannya makin bertambah (2K merujuk kepada gambar yang mengandungi 2,048 piksel resolusi mendatar).

Berkaitan